Saturday, July 17, 2021

Antara roket dan sperma



    Roket dan sperma atau benih lelaki semestilah dua perkara yang berbeza. Yang satunya ciptaan manusia dan yang satu lagi adalah ciptaan Maha Pencipta. Namun, ada beberapa ciri dan fungsi yang hampir sama antara keduanya.

Misi

    Misi sebuah roket secara amnya adalah sebagai kenderaan pelancar yang menghantar beban tanggung bersamanya ke sasaran dengan kecepatan tinggi. Sekiranya roket berkenaan roket angkasa maka beban tanggungnya adalah satelit contohnya. Sekiranya roket itu roket ketenteraan, maka beban tanggungnya adalah bahan peledak.

    Sperma pula berperanan menghantar nukleus yang mengandungi maklumat pewarisan genetik si bapa seperti warna mata, bentuk telinga dan sebagainya ke ovum si ibu. Maka, jika diselarikan dengan roket, nukleus pada sperma merupakan beban tanggung kepada sperma tersebut.

Struktur

    Binaan sebuah roket pada amnya mempunyai sistem bahan api  atau enjin yang dipanggil propellan di bahagian bawah roket sebagai sumber bekalan tenaga untuk roket meluncur. Manakala beban tanggung pula berada di bahagian atas sebuah roket. Bahagian luar roket atau badan roket dinamakan sebagai fiuslaj . Terdapat struktur sirip (fin) di bahagian bawah fiuslaj dan muncung (nose cone) pada bahagian atas fiuslaj bagi memudahkan pergerakan roket meluncur di udara.

    Sperma mempunyai unit-unit penghasilan tenaga iaitu mitokondria-mitokondria  di bahagian tengah dan membekalkan tenaga ke bahagian ekor sperma untuk membantu pergerakan sperma. Manakala nukleus yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) terdapat pada bahagian kepala sperma. Sperma mempunyai lapisan membran plasma di bahagian luarnya seperti sel-sel yang lain. Di bahagian hujung sperma terdapat struktur akrosom yang mengandungi enzim untuk memecahkan ovum bagi tujuan persenyawaan.

Hanya beban tanggung meneruskan tujuan

    Apabila roket angkasa telah menghantar beban tanggung iaitu satelit ke orbit sasarannya, maka satelit akan berpisah dengan bahagian yang lain dan meneruskan tujuannya. Bahagian roket yang lain pula akan jatuh termusnah. Roket telah mencapai misinya dalam tugas penghantarannya.

    Apabila satu sperma telah menembusi membran plasma ovum iaitu benih si ibu, maka bahagian ekor sperma akan terputus. Ovum hanya membenarkan satu sperma sahaja menembusinya. Bahagian nuklues yang mengandungi DNA akan terpisah  dengan bahagian kepala sperma di dalam ovum dan meneruskan pergabungan membentuk zigot seterusnya janin (fetus). Bahagian-bahagian sperma yang lain akan termusnah.

    Kesimpulannya, roket dan sperma mempunyai peranannya masing- masing. Persamaan yang cukup jelas antara keduanya ialah sebagai penghantar kepada misinya.

           

 

 


Thursday, May 5, 2016

“Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah! Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah Swt.)”. (Surah ar-Rahman/55: 33)

    Dalam ayat ini Allah s.w.t telah mencabar jin dan manusia untuk keluar menembusi bumi.Namun hanya pada lewat 1800 manusia menemui cara untuk keluar dari bumi dengan "kekuatan" (ilmu- penemuan liquid oxygen yang boleh hasil daya tujah yang tinggi melepasi escape velocity).Menembusi atmosfera bumi bukan sesuatu yang mudah.Dengan banyak kegagalan termasuklah kehilangan nyawa dan sebagainya akhirnya Sputnik 1 berjaya dilancar ke angkasa lepas pada 4 oktober 1957.Maka bermulalah era manusia meneroka angkasa raya.
 
 

Thursday, October 30, 2014

Tokoh Jurutera Mekanikal Islam



KINCIR air atau noria di Fayyoum, Mesir, adalah sebahagian kecil pembaharuan yang berlaku pada zaman kegemilangan empayar Islam yang menjana pertumbuhan penduduk di kawasan pedalaman daripada tradisi nomad kepada penempatan tetap.
Di bawah empayar Islam, perkembangan sistem saliran diperbaiki sehingga tidak lagi bergantung kepada tenaga manusia atau haiwan.

Mekanisme kejuruteraan inilah melahirkan istilah baru, ‘automata’ atau automatik yang bermakna berjalan dengan sendiri oleh tabii alam.
Menerusi mekanisma itu, penggunaan air dibentuk dalam dwifungsi, arus air menjadi penolak alat takungan ke kedudukan atas berulang kali dengan bantuan graviti, sambil saliran air disalurkan untuk keperluan diri dan tanaman.
Ilmu pengetahuan dan ciptaan kincir air yang kemudiannya memberi inspirasi kepada bidang kejuruteraan moden ini adalah hasil kepakaran tokoh terkenal, Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari.
Beliau digelar Al-Jazari mengambil sempena nama tempat kelahirannya di Al-Jazira, sebuah wilayah yang terletak di antara Tigris dan Efrat, Iraq.
Kegemilangan Al-Jazari adalah hasil manuskrip beliau berjudul ‘Kitab fi ma’rifat al-hiyal al-handasiyya’ yang bermaksud ‘buku mengenai ilmu alat mekanikal yang bijak’.
Manuskrip itu menjadi bukti catatan terawal penggunaan engkol, piston dan injap yang digunakan untuk menghasilkan produk yang menjadi kegunaan harian masyarakat pada waktu itu seperti mesin pengepam air.
Sememangnya masyarakat dulu memang sudah lama memanfaatkan peralatan untuk mendapatkan air menggunakan shaduf, alat yang terdiri daripada blok panjang diletakkan antara dua tiang dengan blok kayu mendatar.
Peralatan lain ialah saqiya, di mana mekanisma tengahnya terdiri dari dua gigi dan mesin itu menggunakan tenaga haiwan seperti unta atau keldai.
Ilmuwan Muslim melakukan penyelidikan mengenai peralatan berkenaan untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan termasuk Al-Jazari yang merintis jalan menghasilkan mesin mengepam air.

Salah satu alat mekanikal utk mengambil air rekaan AL-Jazari
Dua mesin pertama ciptaannya adalah hasil pengubahsuaian shaduf dan yang ketiga saqiya di mana tenaga air digunakan menggantikan tenaga binatang.
Mesin yang sama seperti saqiya di letakkan di sungai Yazid di Damsyik bagi kegunaan rumah sakit yang terletak berdekatan sungai itu.
Hasil ciptaannya kelima ialah mesin yang menggunakan engkol, alat yang menghasilkan gerakan berterusan dan penemuan itu berjaya mencipta sejarah kerana engkol adalah peralatan mekanik paling penting bagi orang Eropah awal abad ke-15.
Al-Jazari mengembangkan mesin engkol yang dihubungkan dengan sistem rod pada mesin pengepam air dan ini dilakukan beliau pada 1206.
Beliau juga menghasilkan mesin yang digerakkan oleh air bagi menggerakkan piston yang saling berhubungan dengan paip penyedut pada dan ia adalah contoh prinsip double acting yang pertama.
Al Jazari kemudian mengumpulkan semua hasil karyanya berkaitan bidang teknikal yang lengkap dengan maklumat dari segi teori dan praktikal dalam buku berjudul Al-Jami Baim Al-Ilm wal Amal Al-Nafi Fi Sinat’at Al Hiyal.

Reproduksi Jam Gajah setinggi 8.5m rekaan al-Jazari kini dipamerkan di Ibn Battuta Mall, Dubai.
Berkat kemampuan mekaniknya, al-Jazari tercatat mampu merakit beberapa jenis jam air. “Salah satunya, sebuah jam dengan tenaga air yang tingginya satu meter dan lebarnya satu setengah meter. Jam itu berhasil direkonstruksi di Museum Ilmu Pengetahuan tahun 1976,” ungkap Donald Routledge Hill dalam karyanya A History of Engineering in Classical and Medieval Times.
Al-Jazari juga mampu membuat jam air berbentuk gajah. Bahkan, jam buatan al-Jazari sudah mampu menghasilkan suara. Dalam manuskrip al-Jazari, jam itu merupakan jam terawal yang menggunakan flow regulator, sebuah sistem tutup-lubang dan sebuah otomaton seperti sebuah jam burung.
“Jam ini merupakan jam pertama dengan reaksi otomatis dalam interval waktu. Jam ini menggunakan sebuah robot manusia (humanoid) yang membentur gembreng dan sebuah robot burung mekanik secara otomatis bersiul. Jam air ini juga dikenal sebagai jam pertama yang bisa merekam waktu secara akurat untuk menyesuaikan lamanya hari yang tidak sama sepanjang tahun,” imbuh al-Hassan dan Hill.
Rancangan jam air buatan al-Jazari juga diakui sangat bagus. ”Jam al-Jazari penuh dengan ide-ide dan teknik-teknik yang penting bagi sejarah perancangan mesin,” kata al-Hassan dan Hill.
Karyanya berbeza dengan karya ilmuwan lain kerana beliau memberi penerangan terperinci mengenai ilmu mekanikal yang mengandungi 50 peralatan yang dibahagikan kepada enam kategori.
Antaranya, jam air, alat mencuci tangan dan mesin pengepam air. Jam air adalah hasil kerja gemilang Al-Jazari yang dikagumi pada acara World of Islam Festival pada 1976.
Karya beliau juga dianggap sebagai sebuah manuskrip terkenal di dunia dan menjadi teks penting untuk mempelajari sejarah teknologi kerana dilengkapi ilustrasi menakjubkan.
Dengan karya gemilangnya, ilmuwan dan jurutera Islam yang mengabadikan diri di istana Artuqid di bawah naungan Sultan Nasir al-Din Mahmoud telah membawa masyarakat Islam pada abad ke-12 kepada kejayaan.
Jurutera Inggeris, Donald Hill yang tertarik dengan karya Al-Jazari menterjemahkan bukunya pada 1974.
Pendekatan Al-Jazari yang menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri pada abad ke-18, diakui pakar tempatan, pensyarah dan juga penyelidik Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Wan Ramli Wan Daud.
Beliau bersama kumpulannya berjaya mencipta enjin menggunakan tenaga sel kimia berkuasa 200 watt bagi menggerakkan motosikal.
Menurut Wan Ramli, apa yang diperlukan sekarang ialah menyuntik semula semangat yang dijelmakan oleh ilmuwan seperti Al-Jazari, dengan menghasilkan ciptaan untuk kesejahteraan sejagat.


Sumber:http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/03/07/ibnu-ismail-al-jazari-jurutera-mekanikal-islam/

Monday, September 1, 2014

Balqis


Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau diterang cahaya

Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan Sang Suria

Balqis,
Kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Diantara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikanNya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya

Hanya sekelip mata mahligai pun beralih[/i]
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
kebijaksanaan Sulaiman telah merubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri

Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menggambar bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya

Kemiskinan didunia tak bererti kau terhina
Itu hanya dipandangan mata
Kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan Tuhan menilainya

Thursday, August 14, 2014

Ilham kepada manusia



Darah

Maha Suci Allah yang menciptakan darah yang diantaranya ada sel darah merah,sel darah putih,plasma darah dan platelet.Sel darah merah ibarat bas,manakala hemoglobin ddidalamnya adalah ibarat seperti pintu dan penumpangnya adalah oksigen.Oksigen ini dengan bantuan jantung sebagai pengepam,ia dihantar ke organ,otot,tisu sasaran,bila sampai ia `diturunkan` dan karbon dioksida pula diangkut tuk ke jantung dan seterusnya ke peparu tuk disingkirkan.Sel darah putih pula penting dalam sistem pertahanan badan dimana kuman,bakteria akan `ditelan` olehnya dan dimusnahkan.Plasma darah adalah bendalir yang membawa sel darah dan juga sebagai pengimbang suhu badan.Platelet fungsinya penting dalam menghentikan pendarahan apabila luka ia akan ke tempat luka tersebut dan menempel untuk membentuk keruping (kudis).Hebatnya ciptaan Allah ini.

Nikotin dalam rokok

orang yang merokok seperti ada perasaannya terhadap rokok mana taknya bila fatwa pengharaman rokok dikeluarkan majlis fatwa boleh jadi melenting,bila rokok dipijak seperti ada perasaan marah kepada pemijaknya,bila nak buang rokok seperti sayang pula....hal ini demikian kerana didalam rokok adanya sesuatu yang dipanggil nikotin...nikotin ini akan seperti dengan hormon perasaan iaitu adrenalina,norardrenalina....keadaannya bergantung kepada nikotin,bagi yang banyak merokok keperluan nikotin akan bertambah,permintaan ini akan dihantar ke otak,perasaan gelisah akan berlaku,yang lebih teruk apabila permintaan nikotin tidak dipenuhi perokok akan mengigil,merasa sangat gelisah,menjadi lemah lesu dan tidak mampu berbuat apa-apa