Thursday, August 14, 2014

Ilham kepada manusia



Darah

Maha Suci Allah yang menciptakan darah yang diantaranya ada sel darah merah,sel darah putih,plasma darah dan platelet.Sel darah merah ibarat bas,manakala hemoglobin ddidalamnya adalah ibarat seperti pintu dan penumpangnya adalah oksigen.Oksigen ini dengan bantuan jantung sebagai pengepam,ia dihantar ke organ,otot,tisu sasaran,bila sampai ia `diturunkan` dan karbon dioksida pula diangkut tuk ke jantung dan seterusnya ke peparu tuk disingkirkan.Sel darah putih pula penting dalam sistem pertahanan badan dimana kuman,bakteria akan `ditelan` olehnya dan dimusnahkan.Plasma darah adalah bendalir yang membawa sel darah dan juga sebagai pengimbang suhu badan.Platelet fungsinya penting dalam menghentikan pendarahan apabila luka ia akan ke tempat luka tersebut dan menempel untuk membentuk keruping (kudis).Hebatnya ciptaan Allah ini.

Nikotin dalam rokok

orang yang merokok seperti ada perasaannya terhadap rokok mana taknya bila fatwa pengharaman rokok dikeluarkan majlis fatwa boleh jadi melenting,bila rokok dipijak seperti ada perasaan marah kepada pemijaknya,bila nak buang rokok seperti sayang pula....hal ini demikian kerana didalam rokok adanya sesuatu yang dipanggil nikotin...nikotin ini akan seperti dengan hormon perasaan iaitu adrenalina,norardrenalina....keadaannya bergantung kepada nikotin,bagi yang banyak merokok keperluan nikotin akan bertambah,permintaan ini akan dihantar ke otak,perasaan gelisah akan berlaku,yang lebih teruk apabila permintaan nikotin tidak dipenuhi perokok akan mengigil,merasa sangat gelisah,menjadi lemah lesu dan tidak mampu berbuat apa-apa



Daun Hijau

kenapa banyak daun pokok berwarna hijau? sebab didalam daun ada klorofil yang memberi warna hijau kepada daun.klorofil ini adalah elemen terpenting dalam proses fotosintesis,proses pernafasan pokok,hebatkan ciptaan Allah ini...